Monday, July 25, 2011

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

Tarikh : 23 Mei 2011 hingga 27 Mei 2011
 Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : SK Taman Desaminium
Sasaran : Semua murid Tahun 1 hingga 5
 Aktiviti :
1.  23 Mei 2011 - Pelancaran  Program Sekolah Selama
2.  24 Mei 2011 - Ceramah Keselamatan Diri bersama Polis oleh Insp. Mohd Fauzi b.  Mukhtar
3.  25 Mei 2011 - Pertandingan Mewarna Keselamatan Tahap 1
Semua aktiviti telah berjalan dengan baik. 

Ceramah Motivasi ~ Gegar Minda 1


Tarikh : 4 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Sasaran : Murid tahun 4 & 5
Ceramah gegar minda ini dijalankan sebanyak 3 kali setahun bagi memberi ingatan dan pesanan kepada murid tahun  4 & 5 agar bersedia untuk belajar bersungguh-sungguh bagi persediaan awal UPSR.  Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Shahdon b. Shamsuddin dari Master Trainer Consultancy.

PROGRAM MENTOR MENTEE 2011



Tarikh : 1 April 2011 hingga 21 Oktober 2011
Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : SK Taman Desaminium
Sasaran : Semua murid tahun 5
5 orang murid di dalam 1 kumpulan yang dibimbing oleh seorang guru.  Ianya bertujuan untuk membantu murid secara personal dan lebih dekat agar murid dapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru yang terpilih.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR kali Pertama



Bahasa Melayu - 16 April 2011 (Sabtu) 8.30 pagi ~ 11.00 pagi
Bahasa Inggeris - 11 Mei 2011(Rabu) 2.30 petang ~ 4.30 petang
Matematik - 20 April 2011 (Rabu) 2.30 petang ~ 4.30 petang
Sains - 4 Mei 2011 (Rabu) 2.30 petang  4.30 petang

Semua teknik ini telah berjalan dengan baik dan lancar yang melibatkan semua murid tahun 4 & 5.

Minggu Pendidikan Kerjaya 2011

Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011
Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : SK Taman Desaminium
Aktiviti :
1.  Pertandingan melukis dan mewarna poster kerjaya - Tahun 4 hingga 5
2.  Pertandingan mewarna poster kerjaya - Tahun 1 hingga 3
3.  Pertandingan membina peta minda kerjaya - Tahun 1 hingga 3
4.  Pertandingan menulis karangan kerjaya terbuka  - Tahun 4 hingga 5
Semua aktiviti telah dijalankan dengan jayanya.  

Ceramah Motivasi ~ Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang





Tarikh  : 8 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 11.00 ~ 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka Kokurikulum
Sasaran : Murid tahun 4 & 5

Ceramah motivasi ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada semua murid tahun 4 dan 5 untuk bersedia belajar di samping mendedahkan rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang.  Ceramah ini disampaikan oleh Dr.Khairul Khashimi b. Abdul Aziz.  Diharap semua murid mendapat manafaat daripada ceramah yang telah disampaikan.