Tuesday, January 18, 2011

Program Maju Diri Tahun 4 & 5

Tarikh : 13 & 14 Januari 2011 (Khamis & Jumaat)
Masa : 7.40 pagi hingga 1.10 petang
Tempat : Dewan Terbuka Kokurikulum SK Taman Desaminium
Sasaran : Semua murid tahun 4 & 5

Program Maju Diri ini adalah satu program yang mesti dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah di Selangor.  Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal persekolahan untuk menjadi murid yang cemerlang di sekolah.  Diharap usaha murni ini dapat membantu murid-murid ini untuk menjadi murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi sahsiah dan kepimpinan.









 Sebahagian daripada guru yang membimbing murid-murid tahun 4 dan 5 semasa aktiviti Program Maju Diri dijalankan.

Hari Pertama Persekolahan pada 3 Januari 2011

Pada 3 Januari 2011 merupakan hari pertama persekolahan bagi seluruh warga SK Taman Desaminium.  Diharap semua guru dan murid dapat menyesuaikan diri di sekolah baru ini.


Hari Orientasi Untuk Tahun 1 hingga Tahun 5

Hari Orientasi telah dijalankan pada 31 Disember 2010 (Jumaat) di Dewan Terbuka Kokurikulum SK Taman Desaminium.  Keadaan ketika Hari Orientasi ini terkawal.  Murid serta guru semuanya baru bagi sekolah yang akan dibuka dengan rasminya pada 3 Januari 2011(Isnin).  Selamat Datang ke SK Taman Desaminium.

 Sebahagian pentadbir, guru dan staf yg tiba di SK Taman pada minggu pertama sebelum sekolah dibuka.  Selamat Datang ke SK Taman Desaminium.